Wanita Berusia 30 Tahun Umpama Bayi 9 Bulan


 

Siapa menyangka ‘kanak-kanak’ ini sebenarnya telah  berusia 30 tahun. Maria Audete do Nascimento berasal dari Brazil dilahirkan pada 7 Mei 1981. Wanita ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin di Ceara, Brazil.

Wanita berusia 30 tahun ini dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, selepas ibu kandungnya meninggal dunia ketika Maria berusia 17 tahun. Seperti mana bayi yang berusia 9 bulan, begitulah sifat yang dialami oleh Maria. Dia tidak mampu untuk melakukan perkara seperti manusia normal yang berusia 30 tahun malah dia juga tidak mampu bertutur.
 
Atas sebab kemiskinan, keluarga Maria tidak mampu untuk memberikan rawatan yang sewajarnya ketika beliau masih kecil dan ketika ini semuanya seakan sudah terlambat untuk diubati.


Designed By Asal Pelik