22 kanak-kanak antara 28 rakyat Belgium maut di Switzerland


bas
SIERRE - Sekurang-kurangnya 28 orang termasuk 22 kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan membabitkan bas, yang dalam perjalanan kembali ke Belgium, di sebuah terowong di Switzerland lewat semalam.

Seramai 24 lagi kanak-kanak cedera dalam kemalangan yang terjadi di Sierre, berdekatan dengan sempadan Itali.

Bas itu, yang membawa 52 penumpang dalam perjalanan ke bandar Lommel dan Heverlee di Belgium selepas kunjungan ke pusat permainan ski, melanggar tembok terowong lewat semalam.
Perdana Menteri Belgium, Elio Di Rupo menyifatkannya sebagai "hari yang penuh tragis bagi rakyat" negara itu.

Bas itu terlibat dalam kemalangan kira-kira 9 malam semalam (4 pagi ini waktu Malaysia).
Di Brussels, Kementerian Luar Belgium berkata, kebanyakan kanak-kanak berusia 12 tahun dan kenderaan yang terlibat itu salah satu daripada tiga bas disewa oleh kumpulan Kristian.

Dua lagi bas tiba di Belgium dengan selamat.
Kanak-kanak terbabit menghabiskan satu minggu bermain ski di Val d'Anniviers.


Designed By Asal Pelik