Facebook Messenger Untuk Windows Diperkenalkan Secara Rasmi


Facebook Messenger untuk Windows telah pun diuji secara terbuka sebelum ini, membolehkan para pengguna Facebook mengikuti perkembangan pada Facebook melalui desktop mereka dengan mudah, disamping berbalas mesej dengan rakan-rakan mereka.

Hari ini, Facebook secara rasminya melancarkan aplikasi tersebut kepada semua pengguna Windows.


Melaluinya, anda boleh mendapatkan notifikasi berkenaan aktiviti di Facebook dengan lebih pantas, tanpa perlu membuka pelayar web lagi seperti sebelumnya. Aplikasi ini sebelum ini telah tersebar kepada umum, dan kemudiannya, Facebook mengambil langkah untuk memperkenalkannya sebagai versi ujian, dan hari ini versi stabil untuk aplikasi tersebut dilancarkan.

Secara kasarnya, tiada sebarang perubahan drastik kelihatan, dan mungkin Facebook lebih memfokuskan kepada untuk menyelesaikan masalah prestasi dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Facebook Messenger untuk Windows hari ini (bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua). Disamping itu, Facebook Messenger untuk platform OS X juga bakal menyusul, dengan versi Linux yang masih tidak diketahui samaada akan diperkenalkan ataupun tidak.


Designed By Asal Pelik