Gabukas gesa polis siasat Anwar


Mad Aris (tiga, kanan) menunjukkan laporan polis dibuat di IPD Ampang Jaya, yang disertai kirakira 2
KUALA LUMPUR - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Gabukas) menggesa polis menjalankan siasatan terperinci terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa bertindak membawa campur tangan pertubuhan luar yang pro Yahudi dalam usaha memenangi pilihan raya.

Sebelum itu, Yang Dipertua Gabukas, Mad Aris Mad Yusuf membuat laporan berhubung isu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam.

Mad Aris berkata, laporan dibuat selepas beliau membaca satu artikel berkaitan kenya­taan akhbar oleh Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohd dalam sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Anwar melalui PKR terlibat dalam isu tersebut.

Menurutnya, artikel sama turut mendedahkan nama dua pertubuhan luar berkenaan yang didakwa menggunakan kaedah hatred campaign bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu-isu tidak relevan serta berkaitan agama.

“Kenyataan itu amat membimbangkan dan sebagai rakyat Malaysia, kita (Gabukas) berasa sakit hati serta marah terhadap pengkhianatan yang cuba dilakukan.

“Kita menentang campur tangan pihak luar terutama yang ada kaitan dengan Yahudi,” katanya semalam.

Mad Aris berkata, berdasarkan kenyataan artikel itu jelas menunjukkan mampu memberi ancaman kepada negara, kedaulatan Raja-raja Melayu dan agama Islam.

Menurutnya, apabila ada campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara, sudah tentu Anwar akan terhutang budi serta terpaksa mengikut telunjuk pihak terbabit, sekali gus boleh menggugat keharmonian masyarakat, negara termasuk agama.

“Kita tidak mahu perkara itu berlaku dan mendesak polis melakukan siasatan segera termasuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Semalam, kira-kira 20 penyokong Gabukas hadir memberi sokongan di IPD Ampang Jaya sambil membawa sepanduk antaranya berbunyi ‘Demi kuasa Anwar khianati Malaysia, sekongkol dengan Yahudi’ dan ‘Gabukas tolak Anwar Zionis’.

Sumber


Designed By Asal Pelik