Isteri Menteri Luar Australia Rupanya Orang Taiping,Perak


Isteri Menteri Luar Australia Orang Taiping Rupanya...

Australia baru-baru ini mengumumkan perlantikan Menteri Luarnya yang baru iaitu Bob Carr.
Rupa-rupanya isteri beliau, Helena, merupakan anak jati negeri Perak.
Helena dilahir dan dibesarkan di Taiping.

Pasangan berkenaan, kedua-duanya berusia 64 tahun, bertemu pada tahun 1974 di Tahiti dan berkahwin setahun kemudian di Sydney.

Helena yang mempunyai darah campuran India-Cina datang ke Australia pada tahun 1964 kerana melanjutkan pelajaran di Unversiti Sydney dalam bidang ekonomi.
Anak bongsu daripada enam adik beradik, Helena juga seorang usahawan wanita terkenal yang menjalankan syarikat percetakan komersil di negara itu tetapi telah menjual perniagaannya pada tahun 2004.

Sebelum ini Helena pernah mendapat perhatian media di negara itu kerana seorang musuh politik suaminya yang juga Ahli Parlimen John Brogden menggelarkannya `pengantin yang dipesan menerusi pos.’
Bagaimanapun Brogden cuba membunuh diri sehari selepas beliau meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Liberal di New South Wales (NSW) berikutan kenyataannya menghina tersebut.

Sebelum ini, seorang wanita kelahiran Malaysia, Penny Wong dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan baru Australia pimpinan Julia Gillard.

Dilahirkan pada 11 November 1968 di Kota Kinabalu, Sabah, Wong mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lindsay Tanner yang bersara daripada politik sebelum pilihan raya.

Merupakan bekas peguam di Adelaide, Wong dipilih mewakili South Australia dalam Dewan Senat pada 2001 dan dinamakan sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas perubahan iklim, kecekapan tenaga dan air, apabila Kevin Rudd menjadi Perdana Menteri pada 2007.


Designed By Asal Pelik