Keluarga albino terbesar di dunia


Keluarga albino terbesar di dunia
NEW DELHI - Keluarga dari India ini sememangnya dianugerahkan sesuatu yang istimewa kerana ia hanya berlaku satu dalam 17,000 orang di seluruh dunia.

Rosetauri Pullan, 50, dan isteri, Mani, 45, bersama tujuh ahli keluarga lain yang mewarisi ‘anugerah’ itu bakal diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai keluarga albino terbesar di dunia.

Menurut akhbar The Sun, keluarga yang hidup serba kekurangan ini tinggal di sebuah rumah satu bilik di New Delhi dan mendakwa pernah dipulaukan penduduk setempat di selatan India hanya kerana perbezaan warna kulit.

Mereka turut digelar ‘angrez’(orang putih @ asing) oleh penduduk di sekitar New Delhi yang lebih bersikap terbuka menerima keluarga albino (kekurangan pigmen pada rambut, kulit dan iris mata sehingga menyebabkan ia kelihatan luar biasa putih) tersebut.

“Walaupun tidak boleh melihat dengan jelas dan berada di bawah cahaya matahari untuk tempoh lama, kami tetap menerimanya sebagai anugerah Tuhan,” menurut Rosetauri.

Difahamkan, rekod sebelum ini dipegang oleh enam keluarga albino yang tinggal di Amerika Syarikat dan Kanada.


Designed By Asal Pelik