Lelaki dipenjara 30 tahun kerana simbah asid



LEFRANC di sebuah mahkamah di Brussels pada Rabu lalu.(gambar kecil) WAJAH Lefranc sebelum dia disimbah asid.


BRUSSELS – Seorang lelaki Belgium yang menyerang bekas kekasihnya dengan asid sulfurik dihukum penjara 30 tahun selepas didapati bersalah melakukan percubaan membunuh.
Juri sebuah mahkamah di sini mendapati lelaki tersebut, Richard Remes, 57, bersalah kelmarin dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2009.

Remes menyimbah muka dan badan bekas kekasihnya, Patricia Lefranc dengan asid sehingga mangsa terpaksa menjalani 86 pembedahan.
Lefranc berada dalam koma selama tiga bulan ekoran kejadian tersebut.

Serangan asid itu berlaku setelah dia menamatkan hubungan dengan Remes.
Semasa perbicaraan, pihak juri melihat gambar bogel Lefranc yang mempunyai kesan akibat disimbah asid.
Ketika kejadian, beberapa jirannya membantu menghantar dia ke hospital selepas mendengar jeritannya setelah disimbah dengan asid. – Agensi

Sumber


Designed By Asal Pelik