Mahkamah tolak rayuan tahanan Palestin

Protes
TEL AVIV - Mahkamah Tentera Israel, kelmarin menolak rayuan tahanan wanita Palestin yang nekad mogok lapar sejak lebih sebulan lalu.

Sebelum ini, Hanaa Shalabi mengemukakan rayuan untuk memendekkan tempoh penahanan pentadbiran daripada enam kepada empat bulan tetapi rayuan itu telah ditolak walaupun telah diumumkan oleh mahkamah pada awal bulan ini.

Pada Jumaat lalu, kumpulan hak asasi antarabangsa, Amnesty International telah menggesa Israel untuk membicarakan atau membebaskan Shalabi selepas doktor mendakwa tahap kesihatannya semakin membimbangkan selepas dia dimasukkan ke hospital pada 19 Mac lalu.

Difahamkan, wanita tersebut pernah dipenjarakan lebih dua tahun sebelum ini tetapi ditahan semula pada 16 Februari lalu selepas disyaki kononnya menimbulkan ancaman kepada terhadap sekitar Israel.

Peguam Jawad Bulus menyatakan, keputusan mahkamah itu menyebabkan anak guamnya tetap akan meneruskan mogok lapar walaupun semakin mengancam nyawanya.

Sumber


Designed By Asal Pelik