Man Raja Lawak nafi sertai kongsi gelap



Dari pandangan peribadi sememangnya tidak akan percaya bahawa Juara Raja Lawak musim ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak ini merupakan seorang ahli kongsi gelap. Namun baru-baru ini ada pihak yang mendakwanya menganggotai kongsi gelap selepas dia dan rakan, Rahim Mat Ali atau Rahim R2 Raja Lawak 5 mengacarakan majlis tertutup anjuran pertubuhan tersebut. 

HarianMetro melaporkan satu sumber yang dipercayai telah memberitahu bahawa Man dan Rahim merupakan antara selebriti tempatan terbaru yang menganggotai satu sayap pertubuhan itu. Namun Man Raja Lawak menafikan dakwaan tersebut.

"Saya bukan samseng. Kalau benar saya menyertai dan terbabit dengan sebarang aktiviti kongsi gelap, sila tampil dan tunjukkan bukti,"kata Man .
Menurut sumber itu lagi, kedua-dua artis ini dilihat bersalaman dan melagakan pipi bersama ketua sebelum memulakan tugas sebagai pengacara.

Man yang dihubungi enggan menjelaskan dengan lebih lanjut kerana gusar jika jawapan yang diberikannya nanti akan menyakiti hati banyak pihak.

Pelawak berusia 33 tahun ini mengakui bahawa dia dan Rahim memang berada pada majlis tersebut kerana dijemput untuk mengacara majlis untuk menghiburkan tetamu, bukan untuk menganggotai kumpulan berkenaan.

"Saya pelawak bukan samseng dan kalau ditenung raut wajah saya, layakkah saya bergelar samseng? Saya menerima undangan mengacara kerana mahu mencari sesuap nasi menyara keluarga saya,"jelasnya lagi.


Designed By Asal Pelik