Mendarat Cemas Akibat Juruterbang Buat Kecoh

Kapten Clayton Frederick Osbon (duduk) didakwa meracau sehingga mencetuskan panik terhadap penumpang
LAS VEGAS - Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) terpaksa mendarat cemas di Texas, kelmarin selepas juruterbang mula meracau mengenai ancaman bom dan serangan Al-Qaeda.

Akhbar Amarillo Globe melaporkan kapten pesawat JetBlue 191,yang sedang dalam penerbangan dari New York ke Las Vegas itu dilihat masuk ke dalam tandas di luar kokpit sebelum dia mula menjerit ‘Iraq, Al-Qaeda, pengganas, kita semua akan mati!’ secara tiba-tiba.

Salah seorang saksi, Heidi Karg berkata, kesemua penumpang lelaki cuba untuk menenangkannya kerana khuatir keadaan di dalam pesawat akan menjadi huru-hara akibat tindakan luar kawalan juruterbang berumur 49 tahun itu.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) juruterbang bersama mendakwa sejak dari awal kapten pesawat itu telah menunjukkan kelakuan pelik sehingga dia terpaksa mengunci pintu kokpit semasa insiden menggemparkan tersebut.

Selepas pesawat itu mendarat cemas, kapten tersebut dibawa oleh penguat kuasa undang-undang tempatan untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital di Amarillo.

Sumber


Designed By Asal Pelik