Model Britain akan berlakon lagi di India





MUMBAI - Seorang model Britain, Amy Jackson akan berlakon dua buah lagi filem di negara ini, lapor akhbar Times of India semalam.

Walaupun filem pertama lakonannya, Ekk Deewana Thagagal mendapat sambutan menggalakkan, dia akan muncul dalam sebuah filem aksi dan sebuah filem komedi.

"Saya mahu membuktikan saya boleh menjadi pelakon yang serba boleh," katanya ketika ditanya mengenai genre filem lakonannya.

Amy sedang belajar bahasa Tamil dan Telegu.
"Bahasa Hindi lebih mudah berbanding bahasa Tamil dan Telegu," katanya.

Dia mempelajari kedua-dua bahasa itu sebagai persediaan untuk berlakon dalam filem Tamil dan Telegu.


Designed By Asal Pelik