P1 Bakal Melancarkan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Pada Bulan Ini


Pada tahun lepas, P1 telah pun mengumumkan kerjasama bersama pihak Telekom Malaysia, dalam menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka kepada umum. Dan semalam, pihak P1 telah pun membincangkan berkenaan dengan evolusi baru P1, serta mengumumkan pakejnya akan diperkenalkan pada penghujung Mac ini.



Menurut Michael Lai, P1 pada masa yang sama mengatakan mereka turut sama akan menaik-taraf perkhidmatan tanpa-wayar mereka kepada 4G TD LTE, membolehkan para pengguna menikmati kepantasan internet yang lebih laju berbanding sekarang. Melalui demonstrasi yang pernah diperlihatkan sebelum ini, ia membolehkan pengguna mencapai kadar muat-turun melebihi 100Mbps melalui rangkaian tersebut.

Dan dengan turut sama menawarkan perkhidmatan berwayar mereka melalui pakej HSBB daripada P1, ia bakal menjadikan P1 antara yang menawarkan perkhidmatan 4G TD LTE dan juga fiber optik pada masa yang sama.

Pada masa yang sama, P1 juga bakal mula mensasarkan pengguna perusahaan dan juga perniagaan sepanjang tahun ini. Buat masa ini, hampir 90% daripada pengguna P1 adalah pengguna persendirian, dan dengan SME yang berkembang pesat di Malaysia, ia merupakan salah satu segmen yang boleh diceburi dan diberikan perhatian oleh mereka.


Designed By Asal Pelik