Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.
Sinar Harian difahamkan suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.