Sinar Harian Online ke-4 paling popular


Sinar Harian Online ke-4 paling popular
SHAH ALAM - Sinar Harian Online, produk atas talian Kumpulan Media Karangkraf, kini muncul antara portal Bahasa Melayu paling diminati di Malaysia, dengan purata pengunjung pageview lima juta, sejak awal tahun ini.

Dengan operasinya kini masuk tahun ketiga, Sinar Harian Online mengalami kemajuan memberangsangkan.

Ia menduduki tangga keempat paling popular kategori portal Bahasa Melayu.

Kemajuan ini terbukti dengan pageview direkodkan Sinar Harian Online sepanjang bulan lalu menghampiri paras lima juta.

“Dari segi pageview, Sinar Harian Online sudah berada keempat teratas berbanding tangga ke-89 tahun lalu.

“Kami melihat ini satu perkembangan positif bagi Sinar Harian Online, dapat memperkukuhkan kedudukannya dalam waktu singkat,” kata Pengarah Eksekutif Grupdigital Kumpulan Media Karangkraf, Syamil Fahim Mohamed Fahim.
Dari segi unique browsers, Sinar Harian Online berada di tempat kelima.

Sinar Harian Online telah diberi wajah baru November lalu. Kandungan dan segmennya juga dipertingkatkan sejak itu bagi memenuhi kehendak dan trend semasa pembaca.

“Kami melihat portal Sinar Harian Online mula mendapat tempat tersendiri pada jiwa pembaca produk Kumpulan Media Karangkraf,” katanya.

Sinar Harian dengan lapan edisi berada di pasaran sejak 2006.

Pengarah Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohd Fauzi pula berkata, peningkatan pembaca Sinar Harian dan pengunjung Sinar Harian Online sebagai satu platform bahan bacaan berkualiti dan berkredibel, selari dengan slogan Telus & Tulus.

“Kami yakin dengan usaha baru sedang diambil, Sinar Harian Online akan muncul sebagai portal berita yang paling popular di negara ini dalam waktu terdekat,” katanya.

“Kami akan meningkatkan pengisian berkualiti secara berterusan,” katanya.

Sinar Harian Online boleh diakses di www.sinarharian.com.my atau http://www.sinarharian.com.my/mobile/, http://www.facebook.com/SinarHarian dan juga https://twitter.com/#!/sinaronline.

Dalam usaha mengembangkan peranan dan skop, Sinar Harian Online meng­alu-alukan maklum balas, pandangan atau karya, yang boleh dihantar ke alamat e-mel editor.online@sinarha­rian.com.my.

Mengenai perancangan masa depan, Akmal Eirfan berkata, Kumpulan Media Karangkraf akan kembangkan produk atas talian ini menerusi web TV dan web radio.


Designed By Asal Pelik