Usaha selamatkan ikan paus



BEBERAPA orang mencurahkan air ke badan seekor ikan paus yang terdampar di pantai Colcura, Chile kelmarin.


CONCEPCION, Chile - Beberapa anggota penyelamat dan orang ramai berusaha untuk menyelamatkan seekor ikan paus yang terdampar di pantai Colcura di sini kelmarin daripada mati.

Ikan paus itu ditarik ke laut dengan sebuah bot nelayan selepas beberapa orang mencurahkan air ke atas badan haiwan tersebut di pantai.

Operasi menyelamatkan itu turut melibatkan beberapa anggota bomba.


Designed By Asal Pelik