3 balu, 2 anak perempuan Osama dipenjara


osama rumah
ISLAMABAD - Tiga balu Osama Bin Laden dan dua anak perempuannya didakwa dan dijatuhi hukuman penjara kerana tinggal secara tidak sah di Pakistan.

Peguam mereka mengesahkan mereka dihukum penjara selama 45 hari dan didenda 10,000 rupees (AS$114 atau RM340) setiap seorang.

Menurut mahkamah, mereka sudah pun menjalani hukuman penjara selama satu bulan dan dijangka diusir keluar dari Pakistan dalam dua minggu lagi.

Mereka berada dalam tahanan pihak berkuasa Pakistan sejak Osama ditembak mati oleh Amerika Syarikat (AS) awal Mei lalu.

Prosiding secara formal ke atas mereka bermula bulan lalu, kata pegawai-pegawai kerajaan.

Sumber


Designed By Asal Pelik