Britain kaji pantau komunikasi internet, telefon

telefon
LONDON - Kerajaan Britain telah menubuhkan satu badan khas bagi memantau semua panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan apa jua aktiviti atas talian bagi membantunya menangani serangan jenayah dan militan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Britain berkata, penubuhan agensi terbabit dianggap sebagai langkah pencegahan dan mengurangkan kes-kes jenayah dan serangan militan.

"Penting bagi polis dan pihak berkuasa untuk mendapatkan data komunikasi dalam keadaan-keadaan tertentu.

"Data terbabit akan digunakan untuk menyiasat sebarang salah laku jenayah atau keganasan, ini bertujuan untuk melindungi orang awam," katanya.

Langkah terbaru ini tuturt mendapat kritikan hebat dari dalam  Konservatif, parti yang memerintah atas alasan ia menceroboh privasi dan hak peribadi rakyat.

Dalam temu bual dengan BBC, Ahli Parlimen David Davis secara terbuka membantah undang-undang yang dicadangkan ini.

"Kerajaan tidak terangkan dengan tepat mengapa mereka mahu menceroboh kehidupan peribadi kami dan dedahkan rahsia-rahsia kami kepada semua orang tanpa waran seorang hakim," katanya.

Penggubalan undang-undang baru ini dijangka disentuh dalam titah Ratu Elizabeth II dalam ucapan baginda di Parlimen Mei ini.

Pada masa kini, agensi-agensi pihak berkuasa masih boleh memantau panggilan dan e-mel individu yang berada di bawah siasatan.

Rang undang-undang baru inimengekehendaki pemasangan alat komunikasi yang memberi akses  data kepada Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ).

Menurut sumber kerajaan, berdasarkan undang-undang baru tersebut, GCHQ tidak dibenarkan akses ke atas kandungan e-mel, panggilan atau SMS tanpa waran, tetapi ia memberi akses mengenai kekerapan komunikasi antara seseorang individu dengan individu yang lain.
Menurut akhbar  The Sunday Times, kerajaan telah mengemukakan beberapa cadangan  kepada Persatuan Pembekal dan Perkhidmatan Internet Britain  bulan lepas.

"Sebagaimana yang dinyatakan melalui undang-undang Pertahanan Strategik dan Kajian Keselamatan, Parlimen akan menguatkuasakan undang-undang ini dengan kadar segera untuk memastikan penggunaan komunikasi data serasi dengan pendekatan kerajaan kepada kebebasan awam," katanya dalam kenyataan yang dipetik dalam akhbar tersebut.

Sumber


Designed By Asal Pelik