Susulan kes Mohamed Merah, Perancis usir 2 imam

imam
PARIS - Perancis telah mengambil tindakan melulu dengan mengusir dua orang Islam dan merancang untuk mendeportasi tiga lagi di bawah operasi besar-besaran yang kononnya menyasarkan ahli kumpulan pelampau di negara itu, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan dua imam warga Algeria dan Mali telah dihantar pulang ke negara asal mereka.

Tindakan tersebut diambil kerana mendakwa kesemua imam itu telah menggesa orang Islam supaya menolak nilai-nilai diamalkan orang Barat dan turut meminta golongan wanita memakai purdah menerusi khutbah yang disampaikan oleh mereka.

Polis turut menahan 19 individu lain yang didakwa terlibat dengan rangkaian kumpulan pelampau dan 16 daripada mereka dituduh merancang penculikan di negara tersebut.

Pada minggu lalu, empat pendakwah Islam telah dilarang memasuki negara itu untuk menyertai Persidangan Kesatuan Pertubuhan Islam Perancis (UOIF) selepas presiden Nicolas Sarkozy melancarkan ‘perang’ ke atas kumpulan pelampau sebagai dasar utama untuk kempen pilihan rayanya.

Orang Islam berterusan menjadi sasaran pihak berkuasa di negara tersebut susulan daripada tindakan Mohamed Merah, 23, membunuh tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak di selatan Perancis sebelum dia ditembak mati oleh polis pada bulan lalu.

Sumber


Designed By Asal Pelik