Udang Misteri Di Dalam Lubang Gunung Berapi

 

PARIS – Satu kejadian aneh berlaku di lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia Laut Carribbean yang mengandungi ribuan udang kecil yang tidak diketahui spesiesnya.

Para penyelidik mengatakan bahawa lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut.

Menurut laporan laman berita AFP, penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton.


Mereka menggunakan sebuah robot kapal selam untuk meneroka lubang itu dan merakamkan gambar udang tersebut.

Sumber


Designed By Asal Pelik