Bekas PM Israel Yitzhak Shamir meninggal dunia


Bekas PM Israel Yitzhak Shamir meninggal dunia
Yitzhak Shamir
 
TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri, Yitzhak Shamir, 96, yang pernah dilabel sebagai pemimpin berpendirian tegas dalam menentang negara bebas Palestin, meninggal dunia kelmarin.

Shamir, pemimpin kanan parti Likud, telah menyandang jawatan perdana menteri dari 1983 hingga 1984 dan 1986 hingga 1992.

Beliau dilaporkan menghidap Alzheimer dan meninggal dunia kelmarin di sebuah pusat penjagaan dekat Tel Aviv. Kematiannya diumumkan oleh kerajaan semalam.

Lahir di Poland pada 1915, Shamir berpindah ke Palestin.

Bapa, ibu dan adik-beradik perempuannya terbunuh ketika Nazi menguasai Poland.

Di Palestin, Shamir menyertai pertubuhan separa tentera Zionis yang memperjuangkan negara Yahudi.

Selepas Israel dibentuk pada 1984, beliau menyertai perkhidmatan risikan Mossad sebelum memulakan kerjaya politik pada 1970-an.

Ketika menjadi perdana menteri, beliau menggunakan penyelesaian ketenteraan bagi menangani intifada yang  bermula pada 1987.

Sinarharian


Designed By Asal Pelik