1)
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak.
Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin
melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa
minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek
itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami
boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus
tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak
bayiku tadi..”
2) Asari
melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir
ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”
3)
Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai
kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan,
pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati
ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.
Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.
Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.