Artis popular Queen Control?




Ini kisah pasangan artis popular,. Nama mereka berdua ni antara senarai pelakon kelas A la di Malaysia ni. Tapi kesiannya, si isteri ni ala Queen Control lah pulak! Kalau nak ambik si suami berlakon, kenalah ambik pakej dengan dia sekali. Kalau tak, jangan harap diberi pelepasan! Wah gitu...

Sudahnya si artis lelaki ni tadi, dah tak berlakon lagi. Muka dia dah jarang sangat keluar tv gara-gara dikawal dek si isteri ni. Kalau ada drama dia ditayangkan pun, tu semua lakonan-lakonan zaman silam! Pendekata, si isteri ni sanggup menanggung keluarga asalkan suami dok rumah, jangan keluar-keluar. Mangga Muda pun tak pasti alasan apa, agaknya cemburu kut! Maklumlah, suami pun boleh tahan kacaknya.


Nak dijadikan cerita, satu hari tu ada sorang produser ni menawarkan satu watak pada si suami. Oleh kerana si suami ni dah lama tak berlakon, dia sangat berminatlah. Yerlah..dah lama sangat jadi `suri rumah’ kan, sesekali nak jugaklah tengok matahari! Haha...

Si isteri pun beri pelepasan sebab produser pun menawarkan watak kepadanya. Tapi ntah macam mana, si produser tu terlepas cakap pada si isteri, katanya dia memang beri watak kepada si isteri demi nak mendapatkan si suami berlakon.

Tersentaplah si isteri yang memang boleh dikira agak tinggi jugaklah egonya ni! Terus dia cancel nak berlakon. Bukan setakat kansel untuk diri dia tapi si suami pun jangan harap diizinkan untuk berlakon sekali! Maka terkujat sekejaplah si produser tu, padahal hubungan dorang suami isteri ni memang ibarat adik dan kakak!

Haa..siapa nak jawab tu? Haish...kut sayang sangat kat suami tu, bukan begitu caranya uolssss...kan???


Designed By Asal Pelik