Bekas PM Israel hadapi tuduhan rasuah


http://www.smh.com.au/ffximage/2008/05/05/ehud_olmert_wideweb__470x334,0.jpg


BAITULMAQDIS: Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, disabitkan semalam atas tuduhan baru rasuah selepas didakwa meminta suapan dalam satu skandal hartanah terbesar pemimpin itu.

Menurut dakwaan, jutaan dolar bertukar tangan secara haram bagi mempromosi beberapa projek hartanah, termasuk pembangunan perumahan kontroversi di sini yang memerlukan perubahan radikal undang-undang pengezonan dan memberi pemaju pengecualian cukai serta manfaat lain.
Penduduk di sini sekian lama mengesyaki pembangunan perumahan Holyland, dibina di sebuah puncak bukit terkenal, dicemari rasuah dan pendakwaan ke atas Olment meningkatkan keraguan terhadap kewibawaannya.
Dakwaan jenayah itu berlaku ketika beliau masih datuk bandar di sini, jawatan yang dipegangnya sebelum menjadi perdana menteri pada 2006. Bagaimanapun, Olmert menafikan semua tuduhan.

Bekas pemimpin Israel itu sudah dibicarakan dalam dakwaan berasingan kerana menerima dana haram daripada seorang penyokong Amerika dan kumpulan Yahudi untuk lawatan ke luar negara, juga sebelum beliau menjadi perdana menteri.

Selain menafikannya, beliau juga mendakwa tidak melakukan sebarang salah laku meskipun kerjaya politiknya selama tiga dekad dibayangi rasuah namun tiada sabitan.

Tuduhan itu memaksa Olmert meletak jawatan selepas tiga penggal sebagai perdana menteri pada 2009.
Kes Holyland didedahkan dua tahun lalu berikutan seorang ahli perniagaan terbabit dalam projek itu menjadi saksi pendakwaan.

Pertuduhan mendakwa Olmert meminta wang daripada pemaju Holyland untuk membantu abangnya, Yossi, yang melarikan diri dari Israel kerana masalah kewangan. Menurut pertuduhan, Yossi Olmert menerima AS$100,000 (RM313,800).


Designed By Asal Pelik