Bradley Cooper temui cinta baru

Bradley Cooper temui cinta baru

7 Jan - Selepas putus cinta dengan aktres Renee Zellweger pada Mac 2011, aktor "The Hangover" pernah dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Olivia Wilde dan Jennifer Lopez. Walaubagaimanapun semuanya hanyalah khabar angin dan kini Cooper sudah bertemu cinta baru.
Dipetik daripada laporan Us, Cooper, 37, telah menyambut tahun baru bersama teman wanita yang juga aktres "Avatar", Zoe Saldana.

Menurut satu sumber, kedua-dua pelakon "Words" itu telah menghadiri satu acara sambutan tahun baru yang bertema tahun 1940-an di Bel Air, Los Angeles.

"Mereka bercium selama hampir 20 minit!" 

Manakala ada sumber lain memberitahu pasangan ini tertarik antara satu sama lain ketika di set penggambaran filem mereka yang tamat pada Jun tahun lalu, tetapi tidak bersama sehinggalah Saldana berpisah dengan tunangnya, Keith Britton yang sudah bersama sejak 11 tahun lalu.

"Mereka sedang bercinta tetapi Zoe baru sahaja putus tunang. Dia cuma ingin bergembira," jelas sumber itu.


Designed By Asal Pelik