Jaga Diberkas Rogol Pelajar Kolej Warga Oman

Jaga Diberkas Rogol Pelajar Kolej Warga Oman 

MIRI – Seorang pengawal keselamatan sebuah kolej swasta di sini ditahan selepas  dipercayai merogol seorang pelajar warganegara Oman di bilik persalinan gimnasium pusat  pengajian tersebut pada tengah malam Jumaat  lalu.

Sebelum kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah  malam itu, suspek yang merupakan seorang lelaki  tempatan berusia 42 tahun mengajak mangsa yang berusia 18 tahun itu pergi ke  gimnasium dengan alasan untuk bersenam.

Mangsa yang pada mulanya tidak mengesyaki  helah suspek telah menerima pelawaan itu dan terus mengikutnya pergi ke  gimnasium berkenaan.
Difahamkan, ketika mangsa sedang menukar  baju, suspek tiba-tiba bertindak memeluk mangsa  secara paksa dan merogolnya di bilik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner  Jamaluddin Ibrahim ketika dihubungi  mengesahkan  menerima laporan kejadian  itu.
Bertindak atas maklumat dan  laporan mangsa, polis berjaya memberkas suspek  pada kira-kira pukul 8 malam sabtu lalu di tempat  kerjanya.

“Suspek kini ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk  membantu siasatan lanjut dan kes tersebut  disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan  kerana merogol.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk  pemeriksaan lanjut,” katanya. –

Sumber : mynewshub.my


Designed By Asal Pelik