Madonna ingin berkahwin lagi


Penyanyi terkenal "Like A Virgin", Madonna akui mampu melihat dirinya berkahwin sekali lagi selepas dua perkahwinannya sebelum ini kecundang di tengah jalan.

Dipetik daripada Us, penyanyi berusia 53 tahun ini mengakui dirinya adalah seorang yang romantik.
"Bukanlah saya seorang yang mempercayai cinta yang sejati dan sempurna. Namun jika anda adalah seorang yang romantik seperti saya, pasti anda ingin bersama lelaki pujaan anda.

"Malangnya kita dibesarkan dengan kisah dongeng sedemikian. Walaupun kita sofistikated, mempunyai pendidikan yang cukup, bijak dan sebagainya, namun di sudut fikiran kita masih mengharapkan bahawa ada lelaki yang sempurna akan hadir dalam kehidupan dan akan bersama sehingga akhir hayat.
"Ya, saya mungkin akan berkahwin sekali lagi," ujarnya.

Selepas perkahwinannya bersama aktor Sean Penn pada 1989 dan pengarah Guy Ritchie pada tahun 2008 berakhir dengan perceraian, Madonna kini sedang hangat bercinta dengan penari berusia 24 tahun bernama Brahim Zaiban sejak penghujung 2010.


Designed By Asal Pelik