Mission Impossible hampir terbunuh !

 Jeremy Renner bernasib baik!

Aktor "Mission Impossible: Ghost Protocol", Jeremy Renner bernasib baik selepas berjaya melepaskan diri daripada satu pergaduhan di sebuah bar di Thailand apabila sekumpulan lelaki cuba membunuh salah seorang daripada rakannya, awal pagi Rabu lalu. [4/1/12]

Dipetik daripada laporan L.A Times, Renner dan kumpulannya sudah mengunjungi beberapa buah bar sebelum tiba di Rachada Pub, bandar Phuket di mana serangan berlaku sekitar jam 4.30 pagi.

Menurut ketua polis tempatan, rakan Renner, Vorasit Issara yang juga seorang pengurus Sri Panwa Resort telah menjatuhkan gelas dan bertengkar dengan seorang pekerja sebelum enam orang lelaki bertindak menyerang dan menikamnya di perut dan leher menggunakan satu kapak yang diperbuat daripada dinamo brek motosikal dan juga pisau.

Enam orang pekerja Rachada Pub telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan dituduh atas cubaan membunuh.
Satu sumber memberitahu Phuket Gazette, Renner adalah salah seorang lelaki yang berparti bersama dua orang wanita, Vorasit dan pemandunya, Noppadon Preechawai.

Walaubagaimanapun menurut jurucakap Renner, aktor berusia 40 tahun ini tidak terlibat dengan pergaduhan tersebut dan tidak cedera seperti yang dilaporkan sebelum ini.


Designed By Asal Pelik