Project Seni yang Luar Biasa


'Paper Darth Project' oleh Lobulo Design
Artis bernama Javier yang berasal dari London dan juga dikenali sebagai Lobulo Design, adalah seorang pereka pintar yang menggunakan kertas untuk mewujudkan gambar yang rumit. Dalam sebuah video yang menunjukkan proses kreatifnya, Javier kelihatan memotong kertas dan menempatkan setiap helai tersebut dengan teliti. Projek itu telah ditugaskan oleh 'Gooo,' sebuah majalah dwitahunan untuk seni tampak dan ekspresi grafik, dan telah diedarkan secara positif di kalangan blog kreatif yang terbaik.

Lottery Tickets oleh Ghost of Dream
Menggunakan tiket loteri yang terbuang, pasangan pereka Ghost of Dream menghasilkan seni dengan menggunakan bahan-bahan yang paling dijangkakan. Menurut dua artis ini, Lauren Was dan Adam Eckstrom, tiket-tiket loteri ini adalah gambaran mimpi yang tidak tercapai. Mereka mendapati bahawa beribu-ribu tiket loteri tersepah di merata Brooklyn, New York. Atas penemuan ini, mereka mula mengumpul tiket loteri yang terbuang. Ini membentukan asas seni mereka yang unik, yang bertujuan untuk membina semula tiga buah benda yang biasanya dibeli oleh pemenang loteri: “Dream Car,” “Dream Vacation,” dan “Dream Home.” Instalasi yang pertama, iaitu Hummer H3 skala penuh diperbuat dengan menggunakan tiket loteri yang bernilai $39,000.


'The Obliteration Room' oleh Yayoi Kusama
Apa yang anda dapati apabila anda mengambil sebuah bilik dicat putih dan mengarahkan sekumpulan kanak-kanak untuk menghias ruang tersebut dengan pelekat-pelekat yang pelbagai warna? Hasilnya adalah instalasi Yayoi Kusama yang mengagumkan yang bernama, 'Obliteration Room.' Sepanjang dua minggu, bilik tersebut bermula sebagai satu ruang yang bersih dan minimalis, tetapi akhirnya berubah menjadi sesuatu berbeza yang penuh dengan pelekat-pelekat yang berwarna. Instalasi ini adalah sebahagian dari pamaren Kusama 'Look Now, See Forever' yang ditunjukkan sehingga 12 Mac di Galeri Seni, Brisbane.


ICONATOMY oleh George Chamoun
Dalam projek terbarunya bernama Iconatomy, George Chamoun menggunakan dua gambar yang mencerminkan Hollywood lama dan baru. Diatas imej hitam dan putih bintang-bintang ikonik seperti Marilyn Monroe, Cary Grant dan Audrey Hepburn, Chamoun meletakkan imej warna penuh pelakon-pelakon kontemporari Scarlett Johansson, George Clooney dan Natalie Portman untuk mewujudkan satu hasil karya yang sungguh menarik.



Designed By Asal Pelik