Restoran di Kuala Lumpur Wajib Menyediakan Wi Fi Percuma


Mengikut laporan akhbar The News Straits Times, ianya dilaporkan dimana menjelang bulan April 2012, semua restoran di Kuala Lumpur diwajibkan menyediakan perkhidmatan Wi Fi percuma kepada para pelanggan mereka. Hal ini tidak terkecuali juga kepada kafe dan bar yang memiliki keluasan lebih daripada 120 sq m.

Selain itu, mengikut peraturan yang diperkenalkan ini juga, perkhidmatan Wi Fi percuma ini juga termasuk salah satu syarat yang wajib dipenuhi oleh pemilik restoran apabila memperbaharui atau memohon lesen. Selain itu, dengan perubahan ini, perkhidmatan hotspot percuma (free hotspot) yang telah diperkenalkan pada 2008 akan diberhentikan


Designed By Asal Pelik