Rossa kenalkan teman lelaki

 Rossa kenalkan teman lelaki

7 Jan – Penyanyi jelita berasal dari Indonesia, Sri Rossa Roslaina Sri Handayani, atau lebih dikenali sebagai Rossa mengakui kini dia sudah mempunyai teman istimewa. Namum Rossa enggan bercerita lebih lanjut tentang teman lelakinya itu ketika ditemui di Jakarta Selatan baru-baru ini.

"Kalau ditanya jika dia seorang usahawan atau tidak, ya semua orang kan usahawan. Berusaha mencari wang, yang pasti dia mempunyai pekerjaan. Kami memang rapat, tapi belum ke arah yang lebih serius. Soal sudah berapa lama kami kenal, ada lah. Kami serius," ujar penyanyi "Ayat-Ayat Cinta" kepada KapanLagi.
Ditanya bagaimana penerimaan anak lelakinya, hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali sebagai Yoyo Padi, penyanyi berusia 33 tahun ini memberitahu bahawa Rizky menerima baik teman lelakinya itu. Malah Rossa turut memberitahu bahawa teman lelakinya itu sopan dan baik dengan keluarganya.

"Saya kalau sudah mempunyai hubungan, saya akan serius. Kedua ibu-bapa tahu, dan soal jodoh itu takdir. Allah yang tahu," jelasnya lagi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai bekas suaminya, Yoyo yang akan bebas daripada kes dadahnya, Rossa ternyata gembira.
"Alhamdulillah, dia kini sedang dalam pemulihan dan sentiasa berjumpa dengan doktor. Rizky turut gembira."


Designed By Asal Pelik