Semak status permohonan bantuan rakyat 1MALAYSIA


Umum dah mengetahui yang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia[BR1M] yang berupa bantuan tunai RM500 telah pun di lanjutkan ke 10hb Februari 2012.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang telah pun membuat permohonan sebelum ini, bolehlah menyemak status permohonan yang telah dibuat. Untuk menyemak, Pemohon bolehlah menghubungi talian hotline yang telah disediakan iaitu1800222500 atau 1300883010 mulai 16hb Jan 2012. Talian tersebut akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 Petang.

Sekiranya permohonan  tersebut tidak berjaya, rayuan bolehlah dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat LHDN dan agensi berkaitan.  Ianya boleh juga di akses melalui laman sesawang LHDN di SINI

Sumber


Designed By Asal Pelik