Suami ‘gila’ pesawat juang buruk



MENURUT Mustafa, ketika kecil dia hanya memiliki mainan pesawat model Airfix dan gembira impiannya memiliki jet sendiri kini terlaksana.

LONDON: Seorang isteri berang apabila suaminya membelanjakan wang simpanan mereka untuk membeli jet pejuang, sekali gus menghancurkan impiannya memiliki kereta Porsche terpakai.

Pasangan suami isteri itu bertengkar apabila Mustafa Aziz menggunakan wang mereka sebanyak $6,995 (RM33,839) bagi membeli jet pejuang MiG 15.

Jet buruk itu pernah digunakan tentera udara Iraq ketika negara berkenaan berada di bawah penguasaan Saddam Hussein.

Selepas membeli jet buatan Republik Czech itu, Mustafa, 45, terpaksa mengaku kepada isterinya Mamu, bahawa ia tidak boleh terbang lagi.


Malah, tidak banyak yang boleh dimanfaatkan pada jet berkenaan.


Mempunyai hobi mengumpul barang kenang-kenangan berkaitan pesawat, Mustafa berkata, Mamu, 32, memang meradang kerana tidak bersetuju dia membeli jet berkenaan.


Designed By Asal Pelik