Terbaik, terhebat!


pix_middle

MUHAMMAD Ali menyambut ulang tahun ke-70 semalam dengan reputasi yang tidak boleh dilupakan begitu saja. Ini adalah lima di antara pertarungan penuh bermakna buat peninju legenda itu.

Juara Olimpik
Pemenang pingat emas light heavyweight, Sukan Olimpik Rome, 1960.


Peninju yang ketika itu dikenali sebagai Cassius Clay, meraih populariti dengan memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Rome 1960 pada usia 18 tahun.

Peninju light heavyweight itu mencatat 100 rekod kemenangan amatur dan lima kekalahan, begitu bangga dengan pencapaian itu hinggakan dia tidak menanggalkan pingat itu selama dua hari.
Ali kemudiannya menyatakan dalam autobiografinya, beliau membuang pingatnya di Sungai Ohio selepas tidak menerima layanan di restoran yang hanya memberi layanan kepada kepada golongan berkulit putih.


Tumbukan Henry
Clay menentang Henry Cooper di Stadium Wembley, 18 Jun, 1963.


Peninju terhebat sekali pun boleh tumbang jika anda menumbuknya begitu kuat, seperti yang dilakukan peninju Britain, Henry Cooper pada 1963.

Biarpun mempunyai berat badan 27 pound lebih berat daripada lawannya, Clay tumbang selepas menerima tumpukan hook tangan kiri Cooper.

Terkejut dengan serangan itu, Clay mengambil masa untuk sedarkan diri selepas menghidu garam dan koyak sarung tangan kanannya sebelum kecederaan di kawasan mata kiri Cooper menyebabkan perlawanan itu dihentikan pada pusingan kelima.


Terhebat Abad Ini
Muhammad Ali menentang Joe Frazier, Madison Square Garden, New York, 8 Mac 1971.


SELEPAS memeluk Islam, peninju yang kini dikenali sebagai Muhammad Ali itu menyertai tiga pertarungan menentang Joe Frazier yang sukar dilupakan.

Tiket di Madison Square Garden mendapat sambutan hangat malah penyanyi legenda, Frank Sinatra sanggup berlagak sebagai jurugambar bagi mendapatkan tempat duduk berhampiran gelanggang.

Pertarungan itu menepati matlamatnya apabila Frazier menumbangkan Ali dengan hook tangan kiri di pusingan ke-15 dan terakhir.

Smokin’ Joe mempertahankan kemenangannya menerusi keputusan pengadil ketika Ali berdepan kekalahan pertama di perlawanan profesional.


‘Rumble in the Jungle’
Muhammad Ali menentang George Foreman, Zaire, 30 Oktober 1974.


Ali mengatasi jangkaan apabila menumbangkan peninju pilihan, George Foreman di Zaire.

Juara Rakyat itu menggunakan strategi rope-a-dope dengan sempurna apabila menerima tumbukan demi tumbukan sebelum menumbangkan juara bertahan itu di pusingan kelapan.

Taktik Ali menaikkan kemarahan dan melemahkan lawan dengan berpura-pura menumbuk dan kemudiannya mengejek Foreman adalah sesuatu yang baru dalam pertarungan ini.


‘Thrilla in Manila’
Muhammad Ali menentang Joe Frazier, Manila, Filipina, 1 Oktober 1975.


PERANG mulut semakin hangat sebelum pertarungan terakhir Ali-Frazier yang diadakan di Filipina.

Ali percaya Frazier sudah keterlaluan dan mengejeknya dengan berkata: “Ia pasti akan menjadi perlawanan hebat, menarik dan mengujakan apabila saya menewaskan gorilla di Manila.”

Ia satu pertarungan yang dahsyat dan hebat, berakhir apabila Frazier yang bengkak matanya, tidak sedarkan diri ketika loceng dibunyikan pada pusingan ke-15 dan terakhir.


Designed By Asal Pelik