Akon bakal disaman?


Akon
Surat saman difailkan ke atas bintang R&B, Akon, apabila pemilik sebuah syarikat perumahan mendakwa pelantun lagu, Right Now ini, melanggar kontrak dan perjanjian mengenai bayaran pembinaan rumah miliknya.

Akon didakwa enggan menjelaskan baki pembayaran berjumlah RM5 juta untuk pembinaan rumahnya di Georgia.

Selain itu, Akon juga perlu membayar RM153,000 untuk kos penyelenggaraan dan bil elektrik sepanjang pembinaan rumah dua tingkat itu.

Namun, sehingga kini, Akon masih berdiam diri dan enggan mengulas mengenai perkara ini.




Designed By Asal Pelik