Rancangan itu terlebih dahulu diluluskan sebuah jawatankuasa yang kononnya berhasrat untuk menukar taraf penempatan haram di Shvut Rachel tersebut menjadi sah di sisi undang-undang dan turut disokong Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengecam tindakan rejim Zionis itu kerana didakwa sengaja mahu menjejaskan peluang untuk menyelesaikan konflik yang tertangguh sejak berdekad lalu.