P1 tambah liputan 4G


Michael Lai
Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) menyasarkan untuk melangkaui paras 500,000 pelanggan bagi perkhidmatan 4Gnya tahun ini, melalui peluasan liputan yang berterusan.
Ketua Pegawai Ekse­kutifnya, Michael Lai berkata, tahun ini bakal menjadi tahun pelancaran liputan besar-besaran bagi P1 berikutan sambutan memberangsangkan terhadap perkhidmatan 4G P1.
 
“2012 bakal menjadi tahun bersejarah bagi P1. Kami telah meraih asas pelanggan yang kukuh dan semakin meningkat dengan lebih 356,000 pengguna di Malaysia pada suku ketiga 2011,” katanya.
 
Lai berkata, tahun lalu sya­rikat itu memperluas liputannya melalui pertambahan lebih 650 tapak liputan kepada 1,500 tapak kesemuanya hari ini.
 
“Ini bererti kami kini meliputi 50 peratus penduduk,” katanya.
 
Katanya, sasaran syarikat adalah menambah liputan kepada 65 peratus di Semenanjung Malaysia.
 
Setakat ini P1 telah membelanjakan RM700 juta sebagai perbelanjaan modal bagi pelancaran perkhidmatan 4Gnya.


Designed By Asal Pelik