Pirana Serang Pelancong Di Brazil

Pirana Serang Pelancong Di Brazil


BRASILIA – Sekumpulan ikan pirana menyerang pelancong yang mandi di sungai selatan Brazil dan mengakibatkan 20 daripada mereka cedera akibat digigit di tangan dan kaki.

Laman web berita, G1 yang memetik pasukan penyelamat, berkata serangan luar biasa itu berlaku apabila sekumpulan spesis pirana, Palometas mengejutkan ratusan pengunjung yang sedang bersantai di pantai Toropi, iaitu terletak di daerah Rio Grande do Sul.

Katanya, 20 mangsa yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki dirawat di tempat kejadian.


Designed By Asal Pelik