Politeknik Ibrahim Sultan Memperlihatkan Kawalan Suis Menggunakan Internet

Bagi yang masih ingat, pada tahun lepas, Google telah pun memperlihatkan kawalan peranti-peranti elektronik dirumah menggunakan Android. Perkara ini dikenali sebagai Android @Home, dan memerlukan peralatan elektronik khas untuknya. Dengan konsep sedikit berbeza, kini Politeknik Ibrahim Sultan muncul dengan idea lebih kurang sama, iaitu mengawal peralatan elektrik dirumah menggunakan internet dan peranti mudah-alih.


Untuk menjayakan perkara ini, mereka menggunakan sebuah peranti tambahan yang disambungkan kepada suis utama dirumah. Dan sebuah komputer juga disambungkan dengan perisian khas padanya kepada peranti tersebut. Melalui komputer tersebut, para pengguna boleh mengawal sebarang suis yang mereka ingin buka dan tutup dengan mudah dan pantas.


Dan bagi mereka yang ingin menggunakan perisian tersebut pada tablet mahupun telefon pintar, pihak Politeknik Ibrahim Sultan masih belum membangunkan sebarang aplikasi khas. Namun, dalam demonstrasi yang diperlihatkan, mereka menjayakannya melalui penggunaan aplikasi TeamViewer yang menyambungkan peranti tersebut kepada komputer utama.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat prototaip, dan pembangunnya masih belum pasti sepenuhnya bilakah ianya akan dikomersialkan.




Designed By Asal Pelik