Puting Buah Dada J-Lo Terkeluar !

Puting Buah Dada J-Lo Hampir Terdedah?

Mungkin kerana terlalu ingin menarik perhatian ramai di majlis malam Anugerah Oscar 2012, penyanyi, pelakon dan model terkenal, Jennifer Lopez sanggup berpakaian menjolok mata yang hampir mendedahkan puting buah dadanya.

Meskipun perkara tersebut sering dianggap biasa dilakukan oleh segelintir artis di peringkat antarabangsa, ia bagaikan dikritik sebagai tidak sesuai oleh laman hiburan terkenal Hollywood, Hollywoodlife.com.
Menurut laman web tersebut, timbul perdebatan hangat di dunia maya internet yang bertengkar sama ada puting buah dada J-Lo kelihatan atau tidak pada malam gilang-gemilang itu.

“Jennifer, 42, yang muncul bersama Cameron Diaz untuk menyampaikan anugerah malam itu agak mendedahkan (buah dada) dan kemunculan tersebut menjadi perdebatan panas di internet sama ada puting buah dadanya terdedah atau tidak.


“Namun dalam pemerhatian kami, ia seolah-olah dakwaan mereka itu benar,” komen pemilik laman web tersebut.
Namun, laman web itu tetap memuji penyanyi dari Amerika Latin itu yang kelihatan begitu anggun dengan pakaian seksi berkenaan.

J-Lo atau nama sebenarnya Jennifer Lynn Lopez dilahirkan pada 24 Julai 1964 dipopularkan menerusi beberapa filem terkenal seperi Selena, Maid in Manhattan dan Shall We Dance?.

Manakala beliau begitu menyerlah di bidang nyanyian menerusi album pertamanya,On The 6, yang menaikkan namanya menerusi single If You Had My Love, dan kemudian meletup dengan album-album berikutnya seperti J.Lo, This Is Me..Then dan album latin, Como ama una Mujer.

J-Lo pernah disenaraikan oleh majalah Forbes di tangga ke-sembilan sebagai artis wanita paling kaya di dunia pada tahun 2007 dan beberapa kali dilaporkan sebagai artis latin yang menerima bayaran paling mahal bagi setiap persembahannya di Hollywood.


Designed By Asal Pelik