[Dragonforce] Tidak Cari Populariti

 

INI SEMUA DI PETIK DARI http://www.mydefacer.tk/2012/03/tidak-cari-populariti.html

 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca MyDefacer . Sekali lagi Dragonforce dihebohkan dalam akhbar Harian Metro atas kejayaan bersama menumpaskan laman sesawang yang menghina agama Islam.  Dibawah adalah screen shot yg kami perolehi di laman myMetro .



Keratan Daripada Akhbar Metro 

Taniah diatas kejayaan yang telah dilakukan .. Selepas berita ini tersebar kami cuba untuk mendapat salah seorang admin daripada MyDF Network untuk memporelehi berita lanjut . Apa yang difahamkan oleh pihak MD , Dragonforce tidak pernah melakukan kerana untuk mendapatkan Populariti . " Kami tidak pernah berniat untuk mendapatkan populariti untuk melakukan perkara sedemikian . Jika kami memang kejar populariti , kami sudah lama buat dari dahulu lagi tetapi kenapa kami tidak bermula dari dahulu ?? ini kerana baru sekarang rakyat Malaysia sedar akan kewujudan kami dan ingin bekerjasama menumpaskan laman-laman yang menghina agama Islam dengan begitu dasyat." Kata admin MyDF Network . " Dalam meneruskan misi untuk menjaga nama Islam , jangan la pulak kita menghina agama lain kerana Islam tidak mengajar kita untuk berbuat demikian ", ujarnya lagi .

Apa yang ditekankan oleh admin MyDF Network adalah kerana beliau terdengar beberapa khabar angin dimana Dragonforce membuat ini semua kerana untuk mengejar populariti . Beliau menambah, " jika boleh kami ingin membersihkan nama Dragonforce kembali dan sentiasa berada di hati belia rakyat Malaysia. Kami bukan pemberontak tapi kami hanya aset negara yang paling beharga maka dengarlah suara kami. Kami tidak akan berjaya tanpa sokongan bersama rakan-rakan dari crew lain dan juga diiringi doa umat Islam ".

Telah jelas lah bahawa pihak Dragonforce tidak membuat semua benda ini kerana nama tapi kerana ingin menegakkan kebenaran Islam . Kini masa untuk bangkit , kita bersatu berganding bahu untuk membawa bersama panji-panji Islam .

INI SEMUA DI PETIK DARI http://www.mydefacer.tk/2012/03/tidak-cari-populariti.html



Designed By Asal Pelik