100,000 orang Berpindah Dari Empangan Kerana Risiko Tebing Runtuh


GAMBAR bertarikh 20 Julai 2010 menunjukkan air banjir dialirkan keluar dari Empangan Three Gorges di Yichang, tengah China.


SHANGHAI - Seramai 100,000 orang lagi perlu berpindah dari kawasan Empangan Three Gorges di China ekoran risiko tanah dan tebing runtuh di sekitar takungan elektrik hidro terbesar di dunia itu.

Beberapa media rasmi dalam laporan yang disiarkan di laman web pemerintah semalam memetik seorang pegawai Kementerian Sumber Tanah, Liu Yuan sebagai memberitahu, bilangan tanah runtuh dan bencana lain meningkat 70 peratus di kawasan Three Gorges.

Peningkatan tersebut katanya, berlaku selepas tahap air di empangan elektrik hidro itu meningkat sebanyak 70 peratus sejak 2010.
Lebih 1.3 juta orang telah dipindahkan disebabkan oleh projek mega berkenaan yang dibina di Sungai Yangtze, dalam wilayah Hube di tengah Chinai.

Empangan Three Gorges yang dibuka pada tahun 2008, dibina dengan kos AS$26 bilion (RM79.7 bilion). - Agensi

Sumber


Designed By Asal Pelik