Trump rancang halang rakyat Malaysia masuk AS

Trump mengarahkan rakyat dari beberapa negara yang mempunyai sejarah pengganas, tidak akan dibenarkan mengunjungi Amerika Syarikat.

Seandainya Donald Trump meraih kemenangan dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat, rakyat Malaysia berkemungkinan tidak akan dibenarkan mengunjungi negara itu.

Hal itu dinyatakan sendiri oleh Trump Isnin lalu, lapor CNN.

Trump mengklasifikasikan Malaysia berada dalam kategori pertama iaitu memberi pelindungan kepada pengganas.

Kesemua negara-negara itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu negara yang memberi pelindungan kepada pengganas (12 negara), negara yang memberi sokongan kepada pengganas (tiga negara), negara di mana pengganas beroperasi (14 negara) dan negara yang mempunyai kumpulan pengganas aktif (11 negara).

Sejumlah 40 buah negara berada di dalam senarai itu termasuk Malaysia.

Dalam kenyataan itu, Trump berkata, rakyat dari beberapa negara yang mempunyai sejarah pengganas, tidak akan dibenarkan mengunjungi Amerika Syarikat.

Antara negara lain yang turut berada dalam senarai 40 negara itu ialah Indonesia, Filipina, Syria, Turki dan Perancis.

Halangan itu akan berterusan sehinggalah pihak keselamatan dan penyiasatan Amerika Syarikat dapat mencari jalan mengatasi isu pengganas.



Designed By Asal Pelik